Berita

Hamil 6 Bulan & Hidap HIV, 'Miza Ozawa' Mengaku Cari Pelanggan Bagi Maksud Pers*ndalan

Awani
19/06/2024
14:55 MYT
Wanita hamil enam bulan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, hari ini, atas pertuduhan mencari langganan persundalan menggunakan nama Miza Ozawa menerusi akaun Telegram, awal bulan lalu.
Peniaga ubat kuat itu, Siti Amiza Baharuddin, 27, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.
Bagaimanapun, Nurdiyanah menetapkan 24 Jun ini untuk fakta kes dan jatuh hukum yang mana pertuduhan akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah unit kondominium di Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 4 petang, 6 Jun lalu.

Penjara maksimum setahun

Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Siti Amiza dalam rayuannya meminta denda minimum kerana sedang mengandung enam bulan dan menghidap HIV.
Bagaimanapun, Nurdiyanah tidak menetapkan sebarang jaminan atas pertuduhan itu.

Denda RM12,500

Dalam prosiding sama, Siti Amiza dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki bahan lucah dan ubat terlarang tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Bagi pertuduhan memiliki bahan lucah, Siti Amiza didakwa memiliki bahan-bahan itu yang terkandung dalam komputer riba dan tiga telefon bimbit miliknya yang didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, bagi pertuduhan memiliki ubat kuat tanpa kelulusan KKM, wanita itu didakwa memiliki ubat tidak berdaftar dengan KKM iaitu dua kotak Secret Negro dan dua kotak Dara Jelita yang didakwa melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Akta Jualan Dadah 1952.
Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

BERITA TRENDING: Wanita Mengaku Salah Menyundal

BERITA TRENDING: Aktiviti Persundalan Semakin Liar Di Bukit Bintang, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan!

BERITA TRENDING: Rentetan Isu ‘Hot Daddy’ Jadi Tetamu Podcast, Fahmi Fadzil Beri Warning: “Berpada-Padalah Kita Ada Undang-Undang”

BERITA TRENDING: "Jangan Cepat Menghukum, Kami Tidak Support…” - Bros Gang Ulas Isu Jemput 'Hot Daddy'

BERITA TRENDING: Wanita Aktif Lakukan Aktiviti Persundalan Di Media Sosial Culas Tanggungjawab Jaga Anak? - “Dah Lima Tahun Tapi…”

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran atas kedua-dua kesalahan dan hukuman berjalan berasingan.
"Bagi kesalahan di bawah KKM, hukuman denda saja tidak memberi pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam," katanya.
Siti Amiza dalam rayuannya memohon hukuman setimpal dan denda dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan selepas wang simpanannya untuk bersalin sudah dirampas pihak berkuasa.
"Saya menyara hidup sendiri di Selangor dan mohon denda seminimum mungkin," katanya.
Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan wanita ditahan polis di Bandar Bukit Mahkota selepas disyaki terbabit aktiviti promosi seks dan penjualan ubat kuat di laman sosial dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, aktiviti persundalan itu dilakukan wanita terbabit bersama empat lagi suspek yang turut ditahan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain mereka, dalangnya, seorang wanita berusia 27 tahun dikenali sebagai 'Miza Ozawa' serta dua warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia 20 dan 26 tahun.
Katanya, semakan ke atas dalang mendapati suspek utama itu pernah disabitkan kesalahan lampau mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang ibunya.
Menurut Mohd Shuhaily, siasatan awal menunjukkan selain menjual produk seks tidak berdaftar dalam talian, mereka juga menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
Sumber: Harian Metro, Awani Foto: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.
Berita

Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

gempak
22/07/2024
11:40 MYT
Personaliti media sosial Andika Putera atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera menegaskan tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Viral

"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

gempak
22/07/2024
09:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat berkaitan perselingkuhan bekas suaminya, Andika Putera, personaliti media sosial, Ananda Natasha menyatakan dirinya sudah 'move on' dengan penceraian yang berlaku pada Disember tahun lalu.