Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara.
Berkongsi sedikit gambar istiadat di Twitter baginda, upacara dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Memetik laporan Bernama, Tengku Puteri Iman berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.
Beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
"Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita.
“Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita," katanya kepada Bernama.
Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang.
Azwa Rahman
Fri Jun 21 2019
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.