,
Laman Utama

Hampir 3 Minggu Ditayangkan, Abang Long Fadil 3 Masih Mendapat Respons Positif Penonton - “Tak Berhenti Gelak”

Izwan Isa
26/09/2022
04:20 MYT
Sejak ditayangkan pada 8 September lalu, filem aksi komedi, Abang Long Fadil 3 masih lagi menyorot perhatian netizen.
Hal ini dapat dilihat menerusi ulasan-ulasan yang dibuat penonton menerusi platform media sosial Twitter.
“Abang Long Fadil 3 5/5. Tak berhenti gelak.”
“Tak sangka Abang Long Fadil 3 bagus. Syafiq sangat improved dari segi pengarahan, terutama dalam merakam aksi pergaduhan.”
“Abang Long Fadil 3 best weh. Pergilah tengok kalau belum. Lawak gila.”
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama dan Datuk AC Mizal, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 telah mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.
Laman Utama

Jom Sambung Gelak, Ulang Banyak Kali! Abang Long Fadil 3 Boleh Ditonton Di Astro First Mulai 17 November Ini

gempak
15/11/2022
15:20 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

Ozlynn Pernah Rasa Berbelah Bagi Untuk Terima Tawaran Jayakan Abang Long Fadil 3 Sehinggalah…

gempak
05/10/2022
06:50 MYT
Tak meriah kalau Ozlynn takda
Laman Utama

Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM22 Juta, Pecah Rekod Sekuel Terdahulu

gempak
30/09/2022
10:20 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Elizabeth Tan Jayakan Babak Aksi Tanpa Guna Khidmat Pelakon Lagak Ngeri Dalam Abang Long Fadil 3

gempak
29/09/2022
11:50 MYT
Terbaik Lizzy!