Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Stacy tidak menolak sekiranya suaminya yang juga penyanyi, Akim Ahmad menjadi salah seorang peserta dalam program tersebut.
Stacy berpendapat kemunculan Akim dalam program tersebut pasti dinantikan peminat memandangkan penyanyi itu sudah lama tidak menyertai pertandingan atau muncul dalam program sedemikian.
“Hari itu saya ada tanya kalau dia masuk juga, macam mana? Dia hanya jawab, siapa nak jaga anak?
“Tapi saya rasa peminat dia menantikan kemunculan dia sebab dia pun sudah lama tidak keluar. Kalau dia masuk, saya juga okey sahaja,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Stacy mengakui dirinya bersedia sekiranya perlu bersaing dengan Akim di pentas GVF, meskipun mereka merupakan pasangan suami isteri.
Jelasnya, mereka masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri, malah ada perkara berkaitan muzik yang tidak semestinya dikongsi antara satu sama lain.
“Saya bersedia walaupun tidak biasa bersaing dengan dia. Walaupun kami suami isteri, kelemahan dan kelebihan itu kadang-kadang masing-masing tahu untuk simpan.
“Kami tetap bersaing dari segi muzik juga. Walaupun kami berkongsi, tetapi ada perkara yang menjadi kelebihan saya dan ada perkara yang menjadi kelebihan dia,” ujarnya.
Pada masa sama, Stacy turut menzahirkan penghargaan kepada Akim kerana memberikan sokongan dan keizinan untuk dirinya menyertai GVF.
“Saya sangat berterima kasih kepada dia sebab mengizinkan saya menyertai GV. Kalau tidak ada kebenaran daripada dia, memang perkara ini tidak akan berlaku.
“Jadi, terima kasih kepada dia kerana mengizinkan saya,” tambahnya.
GV13 bakal menampilkan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman berentap untuk merebut gelaran juara di pentas berprestij ini.
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.