Berita

"Hampir Nak Muntah, Tapi..."- Pertama Kali Tengok Isteri Bersalin, Cef Naem Rasa Insaf

ZULHILMI JALIL
24/10/2020
06:50 MYT
Pengacara yang juga selebriti masakan, Cef Naem kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Nurul Syazwani Zulkaffli selamat melahirkan bayi sulung mereka semalam.
Menurut Naem atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Ramli, bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat bersalin sekitar pukul 4 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
"Agak lama juga tunggu selepas doktor induce dari pukul 10 pagi sebab dah genap 40 minggu.
"Syukur, semuanya sudah selamat. Nama pun belum ada lagi. Insya-Allah nanti nama saya akan kongsikan selepas tujuh hari," katanya ketika dihubungi Gempak.
Kata hos program Dapur Panas itu lagi, ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna apabila merasai sendiri melihat momen isterinya bersalin.
"Mula-mula tak berani juga sebab saya bukan boleh tengok darah, boleh pitam. Bagaimanapun, saya beranikan diri. Hampir nak muntah mulanya, tapi berjaya tahan.
"Lepas tengok isteri meneran, kemudian nampak sikit-sikit kepala bayi keluar tu, memang buat diri rasa insaf. Buat saya rasa lebih menghargai dan sayang isteri selepas ini," ceritanya.
Sementara itu, Naem menerusi satu hantaran di Instagram miliknya juga turut berkongsi gambar bersama bayi perempuan tersebut, namun tidak didedahkan lagi wajahnya.
Katanya lagi, isterinya yang juga merupakan seorang pegawai polis itu akan menjalani tempoh berpantang di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan.
Naem mendirikan rumah tangga dengan Syazwani pada 10 Ogos 2018.
Naem mula mencipta nama apabila menjuarai program realiti masakan, Hero Oven pada 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.