Isu poligami sememangnya sesuatu perkara yang hangat diperkatakan di negara ini.

Berikutan isu tersebut, seorang individu membuat kenyataan bahawa mana-mana lelaki yang tidak bersetuju dengan berpasangan lebih daripada satu disifatkan sebagai mati pucuk.

BERITA TRENDING: Al-Kisah Empat Lelaki Curangi Isteri, Cerai Sampai Poligami

"Hanya lelaki mati pucuk cukup satu, sebab fitrah lelaki nak ramai," kata individu itu.

Susulan daripada kenyataan yang dibuat, seorang lelaki memuat naik satu video membahaskan tentang poligami berlandaskan ayat-ayat Al Quran menerangkan tentang kelayakan berkahwin lebih daripada satu.

"Aku mohon kau cari satu potong ayat yang mengatakan bahawasanya memang lelaki ni perlu lebih daripada satu, sebab kalau kau rujuk Al Quran Yasin ayat 36, berpasang-pasangan antara kamu.

"Dia tiada kata pula berpasangan tu sampai empat orang, berpasangan ni kalau kau faham bahasa Melayu, berpasang ada dua sahaja," katanya.

Selain daripada menggunakan ayat daripada surah Yasin, lelaki itu juga menggunakan surah-surah lain seperti Al-Baqarah dan An-nisa.

Perbahasan itu menerima pujian ramai warganet di mana rata-ratanya memuji lelaki itu sebagai seseorang yang tidak hanya berborak kosong sebaliknya penuh dengan ilmu berlandaskan Al Quran.

"Lelaki macam ni boleh jadi pemimpin. Berilmu dan beradab,"

"Aku suka cara dia sampaikan ilmu,"

"Bila orang berilmu bercakap ayat dia mesti cantik dan sedap didengar."

Setakat artikel ini ditulis , posting berkenaan meraih lebih 500,000 tontonan dan hampir 7,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X