Seorang wanita sanggup meletakkan telapak tangannya pada sebuah kereta selama 75 jam, 17 minit dan 58 saat untuk muncul sebagai juara satu pertandingan.

Ia dianggap kerja gila pada mereka yang berani menyahut cabaran tersebut tapi memikirkan hadiahnya adalah sebuah kereta baru jenama Subaru 2.0i-S sudah pasti apa yang dilakukannya sangat berbaloi.

Menariknya, ia adalah percubaannya kali ke-12 buat wanita berusia 40 tahun itu yang tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut sejak tahun 2005.



Wanita bertuah itu, Analiza Mokhtar menang sebuah kereta bernilai S$70,000 (RM211,310.58) dalam pertandingan Mediacorp Subaru Car Challenge 2018 yang diadakan semalam.

Pekerja bank itu muncul juara selepas hanya menjadi peserta terakhir yang bertahan dalam cabaran tersebut yang disertai hampir 400 peserta.

Lebih 100 peserta mengalah pada hari pertama atas faktor cuaca panas dan lembab. Analiza juga pernah berada di kedudukan tempat kedua pada pertandingan sama, dua tahun lalu.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Sumber: Channel NewsAsia
Foto: Mediacorp