Pelakon jelita Izara Aishah merungkai kemusykilan bagi persoalan adakah haram jika seseorang itu berkongsi foto dirinya di laman sosial.

Jelas Izara, dia bersedia untuk memadam semua akaun media sosial dan tidak mahu lagi berkongsi sebarang perkembangan jika ada bukti kukuh mengenai hukum tersebut.

Namun menerusi hasil perbincangannya bersama seorang ustazah, memuat naik foto ke laman sosial tidak jatuh hukum haram.

“Saya merasakan ini terlalu ekstrem. Tetapi kalau ada dalam Al-quran, i’ll inshallah immediately stop because social media memang dah lama Izara tak peduli pun.

“Okay, dah tanya ustazah. Tak haram pun lah. Just beware of evil eyes. Thanks bye,” tulisnya menerusi satu ciapan.

Terdahulu, Izara memaklumkan ada beberapa orang yang menyatakan berkongsi foto diri sendiri di laman sosial adalah haram.

Sementara itu di ruangan komen, ada wargamaya yang berterima kasih kepada Izara kerana berkongsi maklumat itu buat tatapan umum.

Tidak kurang juga ada yang memintanya untuk sentiasa berjaga-jaga dengan hasad dengki manusia lain.

I pray may Allah ease your journery now and forever. There will always be people who dislike everything you do, but don’t forget that there will also be lots of people who like and love you unconditionally. may Allah bless and guide you sister @IzaraAishah,” komen seorang wargamaya.

Yeayyy lovee! Evil eyes (penyakit ain) tu banyakkan baca surah al-falaq, insyaallah selamat,” ujar seorang wargamaya.

Tengok kak Heliza Helmi. Bertudung labuh tapi masih ada media social,” kata seorang wargamaya.

Okay bestie. Thank you. Muah,” tulis seorang wargamaya lagi.

Minggu lalu, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 28, mengejutkan orang ramai apabila tampil bertudung labuh di Instagram miliknya.

Malah, Izara bertindak memadam foto-foto lamanya yang tidak bertudung.

Sekedar info, Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid, 33, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia setahun setengah.