Skip to main content

Hiburan

“Tak Semua Perkara Perlu Dikongsi Kepada Umum…” - Anak Sulung Norman Hakim & Abby Abadi

Danish Hakim

Sekilas

  • Danish Hakim berkongsi bahawa dia sering mendapatkan nasihat rumah tangga daripada bapanya, Norman Hakim, dan berterima kasih kerana mempunyai ibu bapa yang terbaik.
  • Dia memilih untuk tidak mendedahkan hal peribadi di media sosial dan lebih suka menyelesaikan isu keluarga secara tertutup.
  • Kenyataan Danish mendapat reaksi wargamaya yang menganggap dia juga patut mendapatkan nasihat daripada ibunya, Abby Abadi.
Advertisement

Kenyataan anak sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim yang mengatakan dia ada meminta nasihat soal rumah tangga daripada bapanya mengundang pelbagai reaksi wargamaya. 

 

Advertisement

Danish bagaimanapun meluahkan rasa syukur dikurniakan ibu dan bapa yang terbaik di dunia. 

 

“Tak ada manusia yang sempurna, dan saya bersyukur dikurniakan mak ayah yang terbaik di dunia,” kongsinya di ruang komen di Instagram. 

 

Menurut Danish lagi, dia enggan berkongsi lebih di laman sosial mengenai hal peribadi dan selesa menyelesaikan apa saja isu keluarga di belakang kamera. 

Advertisement

 

“Apa saja yang dikongsikan di media sosial, just enjoy the entertaiment. Apa yang saya pilih untuk keep it private, let us settle behind the scenes.

 

“Tak semua perkara perlu dikongsi kepada umum,” ujarnya lagi. 

 

Sebelum ini, Danish kehidupannya hampir setiap hari dipenuhi dengan kata-kata nasihat dan tunjuk ajar daripasa bapanya terutama soal rumah tangga. 

 

Bagaimanapun kenyataan itu mengundang rasa kurang senang wargamaya yang beranggapan Danish sepatutnya turut meminta nasihat daripada ibunya, Abby Abadi. 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement