Sekilas
- Video Bella Astillah menyediakan nasi ayam untuk suami, Syed Saddiq, dan anak mereka tular di TikTok dengan reaksi positif dari Syed Saddiq yang memberi rating 10/10.
- Netizen memuji kemahiran memasak Bella dan meramalkan Syed Saddiq akan bertambah berat kerana selalu menikmati masakan isteri.
- Syed Saddiq dan Bella baru sahaja berkahwin pada Oktober lalu dan telah mengadakan beberapa majlis resepsi di Kuala Lumpur, Muar, dan Sabah.
Di TikTok, tular kembali video penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang menyediakan juadah nasi ayam buat suami tercinta, Syed Saddiq Abdul Rahman serta dua anaknya, Ayden dan Ara.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula akaun peminat, dapat dilihat reaksi Syed Saddiq sewaktu menjamah juadah tersebut yang ternyata tidak terkata-kata dek kerana keenakan nasi ayam yang disediakan Bella.
Malah, dalam video tersebut, Syed Saddiq turut memberikan rating sebanyak 10 per 10 sambil memuji betapa sedapnya nasi ayam tersebut.
“Tidak terkata-kata. Sangat sedap, 10/10,” kata Syed Saddiq.
Video itu kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai malah, ada netizen yang meramalkan Ahli Parlimen Muar itu bakal berisi kerana sentiasa menikmati juadah disediakan isteri tercinta selepas mendirikan rumah tangga bersama.
“Aku dapat rasakan Syed Saddiq akan gemuk nanti.
“Dahlah cantik, pandai masak pula tu. Untung YB dapat isteri macam Bella,” antara komen netizen.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Pasangan itu kemudiannya mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober lalu, sebelum meneruskan sambutan menerusi Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober serta di Sabah pada 31 Oktober lalu.
Sumber: TikTok