Skip to main content

Hiburan

Air Dicincang Tak Akan Putus, Persengketaan Dua Beradik Selama 30 Tahun Berakhir Selepas...

Air Dicincang Tak Akan Putus, Persengketaan Dua Beradik Selama 30 Tahun Berakhir Selepas...

Sekilas

  • Astro melancarkan iklan Deepavali bertajuk Ondrinainthu Kondaduvom yang mengisahkan perselisihan dan penyatuan dua komuniti jiran melalui kejohanan bola sepak.
  • Selepas 30 tahun tidak berhubung, kedua-dua taman perumahan bersetuju mengadakan kejohanan semula, yang akhirnya mendedahkan hubungan adik-beradik antara pemain dari kedua-dua pasukan.
  • Iklan ini menekankan pentingnya ikatan kekeluargaan, semangat kebersamaan, dan memaafkan dalam mengatasi salah faham dan persaingan.
Advertisement

Sempena perayaan Deepavali tahun ini, Astro tampil dengan sebuah iklan berjudul Ondrinainthu Kondaduvom yang membawa maksud Mari kita sama-sama berkumpul dan meraikan.

Mengangkat tema perselisihan faham, persaingan dan penyatuan, iklan tersebut mengisahkan dua taman perumahan berjiran yang sudah lama tidak menganjurkan kejohanan bola sepak bersama akibat satu salah faham yang berlaku tiga dekad lalu.

Advertisement

Bagaimanapun, selepas 30 tahun, kedua-dua komuniti akhirnya bersetuju untuk kembali menganjurkan kejohanan tersebut bagi menghidupkan semula semangat persahabatan antara penduduk.

Namun, di sebalik persaingan dua pasukan yang bertemu di atas padang, terbongkar satu rahsia yang mengejutkan apabila kedua-dua pihak sebenarnya diwakili oleh adik-beradik.

Keadaan menjadi lebih menyentuh hati apabila kemunculan ibu mereka ketika perlawanan berlangsung mencetuskan pelbagai emosi, sekali gus membuka ruang untuk keluarga berkenaan berdamai dan kembali bersatu.

Advertisement

Menerusi jalan cerita yang dekat dengan kehidupan masyarakat, iklan itu juga mengingatkan penonton bahawa persaingan dan salah faham tidak seharusnya mengatasi ikatan kekeluargaan.

Sebaliknya, hubungan kekeluargaan, semangat kebersamaan dan kesediaan untuk saling memaafkan merupakan perkara yang lebih penting dalam kehidupan.

Ondrinainthu Kondaduvom menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Evarani, Anthony Ferreolus, CS Murugan, Gisnervern, Kuhan, Kathiravan, Rehyan, Sandra, Kamalavathy, Sanjay dan Sri Nissha.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement