Hiburan
"Harap PDRM Buat Tindakan Seadilnya" - Kongsi Foto Ke Rumah Ibu, Netizen Kecam Aliff Syukri Langgar PKP!
Tindakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi foto di rumah ibunya menerusi Instagram baru-baru ini dikecam netizen.
Foto tersebut menunjukkan Aliff dan anak-anaknya makan bersama di kediaman ibunya, Rozita Ibrahim.
"Hari ini saya gembira sebab saya boleh makan sekeluarga dengan anak-anak saya, masakan kampung dan suasana kampung," tulis Aliff di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan Aliff berbuat demikian kerana dianggap melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaan.
Bukan sekadar menyelar tindakan usahawan itu, malah ada juga yang menyarankan pihak polis untuk mengenakan tindakan seadilnya.
"Tolong jawab Datuk, betul ke Datuk dan keluarga tak menghormati arahan kerajaan untuk #stayathome.
"Dalam tempoh PKP ni boleh ya ke sana ke sini?
"Untunglah masa PKP lepas ke sana sini, kita yang tak berduit ni ikut arahan la, harap PDRM peka dengan perkara ini dan buat tindakan seadilnya," tulis netizen.
Walaubagaimanapun, Aliff masih berdiam diri tanpa memberi penjelasan mengenai perkara itu setakat ini.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video