gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Sooka Rai Ulang Tahun Ke Empat Dengan Pelbagai Tawaran Eksklusif & Fungsi Baharu Untuk Pelanggan
VIRAL
Bintang YouTube Popular Palsukan Kematian Hanya Untuk…
BERITA
Lelaki Benarkan Isteri Diperkosa Bomoh Untuk Ritual 'Pindah Ilmu'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Harga Biji Kopi Meningkat, ZUS Coffee Terpaksa Naikkan Harga

Gempak
Gempak
04/02/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Harga Biji Kopi Meningkat, ZUS Coffee Terpaksa Naikkan Harga
Rangkaian kopi tempatan yang didayakan teknologi, ZUS Coffee terpaksa menaikkan harga jualannya susulan peningkatan kos bahan mentah, khususnya biji kopi.
Memetik laporan Harian Metro, dalam satu makluman kepada pelanggan, syarikat itu menyifatkan keputusan itu sebagai langkah sukar yang perlu diambil buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.
"Kos biji kopi melonjak ke paras tertinggi sejak 1977 akibat gangguan bekalan global dan cabaran iklim yang menjejaskan pengeluaran.
"Sepanjang 2024, kami telah menyerap kenaikan kos ini, namun ia semakin sukar untuk dikekalkan," katanya.
ZUS Coffee bermula sebagai sebuah kedai kecil di Kuala Lumpur pada 2019, sebelum berkembang pesat dengan 550 cawangan di seluruh negara menjelang Ogos 2024—peningkatan sebanyak 31 kali ganda.
Kini, rangkaian kopi itu mengendalikan 610 kedai di Malaysia dan terus memperluaskan operasinya secara agresif.
Di peringkat antarabangsa, ZUS Coffee memasuki pasaran Filipina pada 2023 dan mendapat sambutan memberangsangkan. Syarikat itu kini memiliki lebih 50 cawangan di negara berkenaan dan menyasarkan untuk menjadi peneraju pasaran dalam tempoh tiga tahun.
Selain Filipina, jenama itu turut mengembangkan operasinya ke Singapura dan Brunei, dengan kemunculan sulung di kedua-dua negara antara September dan akhir tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Harga
#Naik
#Coffee
#Zus
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement