Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik tiga sen kepada RM2.16 seliter manakala RON97 pula naik dua sen kepada RM2.43 seliter berkuat kuasa esok hingga 12 April.
Harga diesel pula turun tiga sen kepada RM2.08 seliter.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Facebook rasminya secara infografik, menyatakan harga baru mingguan itu akan berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam ini.
Sebelum ini mulai 30 Mac lepas hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.13 seliter, RON97 adalah RM2.41 seliter manakala harga diesel RM2.11 seliter.
Ini adalah pengumuman kedua bagi bulan ini selepas penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan diumumkan setiap Rabu bermula minggu lepas.
Pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga berkenaan dilakukan bagi menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan, seperti yang diumumkan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 22 Mac lalu berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 22 Feb lepas.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang ditetapkan sejak 1983.
Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu mengguna pakai formula APM bermula Disember 2014.
Sumber : Bernama, Astro Awani
Syafiqah Jalal
Wed Apr 05 2017


Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!

Lebih 300 Restoran & Hotel Ada Sijil Halal, Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim! Eh Ayda Jebat Pula Dilantik...
Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim!

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin
Konsert Tutur Batin memang best!

Gabungan Dua Suara, Ezad Lazim & Salma Asia Tampil Lagu Duet Berjudul ‘Akira’ - “Cabaran Terbesar Adalah Setarakan…”
Mantap!
![[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…” [VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-42_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”
Jangan macam-macam...

“Syamsul Adalah Aset, Saya Harap Dia Kembali Ke Skop Productions” - Yusof Haslam
Doakan terbaik

JURI TERKEJUT AMSYAR LEEE SI TANGKIS, ADA YANG TAK KENAL | Unmasked Singer
Semua juri tercengang bila Si Tangkis buka topeng. Ada juri yang tak kenal Amsyar Lee. Bakat unik buat semua kena scam! Korek sikit pengalaman Amsyar Leee dalam #UnmaskedSinger bersama Saiful Saaid. Saksikan The Masked Singer Malaysia musim ke-3 Jumaat, 9 malam di Astro Warna. Layari www.gempak.com/maskedsinger untuk berita & video menarik. Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 #TheMaskedSingerMalaysia #TheMaskedSingerMalaysiaMY #SiapaDisebalikTopeng

Fesyen Unik, ‘Spill The Tea’ Rossa & Kemunculan Kucing Viral Antara Momen Best Konsert Ada Apa Dengan Melly?
Memang best!