Selain berkongsi pelbagai resepi masakan tradisional dan moden serta hasil kerja tangan di Instagram milik baginda, airtangan_tunkuazizah, sesekali Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan turut berkongsi perkara-perkara berkaitan keluarga baginda.

Terbaru baginda berkongsi usianya mengikut kalendar Islam. Tunku Azizah diputrikan pada 5 Ogos 1960, bersamaan 11 Safar 1380 AH.

"Hari ini genap usia Islam saya 62 tahun... 2 tahun sudah pencen!!!" seloroh baginda.

"Semoga Allah swt rahmati saya dan ampunkan dosa-dosa saya, sihat waalfiat dan dimurahkan rezeki... amin... Saya juga berusia 60 tahun!" tulis baginda pada satu entri di Instagram airtangan_tunkuazizah.

hari ini genap usia Islam saya 62 tahun ...... 2 tahun sudah pencen !!! semoga allah swt rahmati saya dan ampunkan dosa2 saya , sihat waalfiat dan di murahkan rezeki ... amin ..... sy juga berusia 60 tahun !!! ?

A post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on


Ramai rakyat jelata yang turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir kepada baginda. Lebih seribu komen yang ditinggalkan oleh rakyat pada entri tersebut.



Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru, pada 5 Ogos 1960, merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche' Besar Hajah Kalsom Abdullah dan dibesarkan oleh Tunku Zanariah Tengku Ahmad.

Baginda merupakan adinda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar.