Penyanyi Adira Suhaimi memohon agar orang ramai dapat mendoakan supaya proses bersalin anak ketiganya tidak lama lagi akan dipermudahkan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Adira menjelaskan hari ini merupakan kali terakhir dia melakukan pemeriksaan dan akan masuk ke hospital tidak lama lagi.

"Hari ini last check up. Putra Medical Centre (pmc) check in balik nih!

"Doa yang baik-baik. Budak kecik belakang tuh sibuk buat hal sendiri. @anggrek_asan," tulisnya.

ari nih last checkup.. #pmc check in balik nih!!! @qisy2013ilham #doaygbaikbaik dakcik belakang tuh sibuk buat hal sendiri . @anggrek_asan

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar segala proses bersalin Adira akan dipermudahkan dan berharap agar kedua-duanya selamat.

"@the.pulutkuningrendangayam: Semoga dipermudahkan Adiraaaa. Nanti dah habis pantang kita belanja pulut tau."

"@behearth_legacy: Semoga semuanya sihat sempurna dan dipermudahkan."

"@ismaliza_tanty: Semoga dipermudahkan urusan adik. Sikit lagi sama dah anak kita. Alhamdulillah."

"@ismia: @adira.suhaimi bila due you? Semoga segalanya akan dipermudahkan dan you dan bayi sihat nanti."


Adira telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Anggrek pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018.