Berita

“Hari Ini Terus Sakit Badan…”-Gara-Gara Naik 4 Kg Ketika PKP, Ummi Nazeera Berzumba

gempak
Syafiqah Jalal
10/04/2020
09:17 MYT
Sponsor Banner
“Hari Ini Terus Sakit Badan…”-Gara-Gara Naik 4 Kg Ketika PKP, Ummi Nazeera Berzumba
Pelakon Ummi Nazeera mendedahkan berat badannya kini seperti sudah naik sehingga lebih 4 kilogram (kg) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Ummi, menyerari perubahan berat badannya itu, dia pun membuat keputusan untuk memulakan aktiviti senama seperti Zumba.
“Jadi ini cerita PKP saya. Selepas saya merasakan berat badan saya naik 4kg atau mungkin lebih. Atau mungkin saya sahaja yang terlebih memikirkannya.
“Saya pun buat keputusan untuk Zumba dua hari lalu. Jadi saya pun berzumba lah. Berita-ita selama dua hari berturut-turut.
“Siap kata dekat suami ‘I nak buat transformation dekat diri I lah’. Suami pun “ber huhuhu”,” tulisnya. Ummi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Malangnya, Ummi memberitahu akibat Zumba tanpa henti selama dua hari, dia kini sudah mula merasa lemah badan.
“Harini terus sakit badan tak boleh bangun,” katanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi termasuk melalui pengalaman yang sama.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 28 April 2020, di seluruh negara. Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live