Filem
“Hari Ni Ayat Educated Je Dalam Kelas” – Penangan Dua Garis Biru
Selepas enam hari ditayangkan di Malaysia, filem dua Garis Biru sudah mula menjadi sebutan warga net.
Di laman sosial Twitter, pengguna yang dikenali sebagai Aisy telah menulis ciapan mengenai rakan-rakannya yang mula bercakap tentang perkara positif selepas menonton filem arahan Gina S. Noer itu.
Menurusi ciapan 8 Oktober lepas, Aisy telah memuat naik paparan skrin beberapa orang rakannya yang menulis perkara positif di laman Twitter masing-masing.
“Dalam hidup ini banyak sangat pilihan dan setiap pilihan ada jalan takdirnya tersendiri. Jadi, jangan salahkan takdir tetapi salahkan diri kita yang tidak pandai memilih”. - Tira
“Ya, kita yang tentukan pengakhiran hidup kita macam mana”. - Musfirah
“Zaman sekarang ni memang kena pandai jaga diri sendiri. Sebelum buat sesuatu fikirlah orang tersayang dulu supaya di kemudian hari tidak menyesal”. - Syera
Pada foto tersebut juga seorang rakan Aisy telah meninggalkan komen dan memberitahu ini adalah penangan selepas menonton Dua Garis Biru.
“Penangan Dua Garis sis,” tulis Tira.
Kesimpulannya, mesej yang cuba disampaikan menerusi filem Dua Garis Biru berjaya disampaikan dengan baik sehingga ia melekat di hati penonton.
Jika tidak, kesemua pelajar ini tidak akan menulis tentang nila-nilai murni yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian.
Kepada yang belum menonton, tunggu apa lagi? Kunjungi pawagam berhampiran anda sekarang!
nampak function ye semua bertweet harini ayat educated ooo dalam class tau gelak je semua ?? @Musfirahhhh @kyonness @tirahindaeyo pic.twitter.com/cHMB1DjEvB— aisy (@aisyxtunxxxx) October 8, 2019
Must-Watch Video