Sebuah pementasan komediri, muzik dan sektor kesenian di bawah Live Support akan diadakan bagi menhubungkan kembali para artis dan peminat yang tergendala sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan.

Live Support merupakan sebuah inisiatif bukan berbentuk keuntungan bagi membantu industri acara siaran langsung dan merupakan platform untuk memulakan kembali ekosistem acara.

Akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Live Support memberi tumpuan bagi memastikan artis dan peminat tetap berhubung melalui acara-acara yang diadakan.

Siri Live Support akan berlangsung selama dua malam iaitu pada 19 September ini bagi malam komedi dan 26 September 2020 bagi malam kumpulan muzik.

Bagi sesi komedi, pelawak-pelawak handal negara seperti Harith Iskander, Douglas Lim, Mat Sabah, Prakash Daniel dan Hindra Bose bergabung bagi memeriahkan malam anda.

Untuk malam kumpulan muzik pula, antara kumpulan yang akan membuat persembahan adalah Hillary Ang Project, Heavy Machine, Strollers, The Ez Band & Michelle Nunis serta Lord N The Boys.

Tiket dijual pada harga RM88 dan boleh didapati di www.prworldwidelive.com.