Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

Asyikin Mayudin
25/07/2024 04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.

Hadir Berasingan

Harith dan isterinya hadir dengan kereta berasingan namun kelihatan tenang berjalan bersama ke dewan perbicaraan.

“Saya akan kongsi selepas ini...

Harith ketika disapa media memberitahu dia akan berkongsi lebih lanjut selepas selesai prosiding.

“Saya akan kongsi selepas ini,” kata Harith secara ringkas kepada Gempak.

Bagaimanapun pihak Harith dan isteri, memohon pihak mahkamah untuk menjalankan perbicaraan secara tertutup.

Peguam mewakili pasangan itu iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memohon prosiding dilakukan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali.

“Mereka merupakan public figure, tak nak kongsi isu masalah rumah tangga kepada umum,” katanya.

Sebelum ini kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas gambar Dr Jazemine bersama peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir tersebar.

Susulan itu, Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

Pada 8 Julai lalu, Jazemine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

BERITA TRENDING:Harith Iskander Buka Mulut, Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Perceraian

​BERITA TRENDING:Peguam Maklum Kes Cerai Harith Iskander, Jezamine Ditunda

BERITA TRENDING:Krisis Rumah Tangga: Harith Iskander, Jezamine Akan Keluarkan Kenyataan Bersama Dalam Masa Terdekat

​BERITA TRENDING:Isteri Fail Cerai, Harith Iskander Belum Sedia Beri Komen

Harith bagaimanapun mengunci mulut dan tidak mahu mendedahkan secara terperinci punca perpisahan mereka.

Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

Untuk rekod, Harith dan Dr Jazemine telah mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
#cerai #Harith Iskander #Isteri #Mahkamah #hiburan
;