Pelawak tempatan bertaraf antarabangsa, Harith Iskander mengakui terkejut melihat reaksi anaknya sebelum masuk bilik untuk menjalani pembedahan kecil semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Harith berkongsi gambar anaknya ketika ketika berada di hospital.

"I've never seen anyone so cheery whilst being wheeled into the operating theatre for a small procedure.

"I would be freaking out, hospitals scare me.

"The freedom of being a kid with zero baggage and experience to burden you cannot be overestimated," tulisnya.

I've never seen anyone so cheery whilst being wheeled into the operating theatre for a small procedure. I would be freaking out - hospitals scare me. The freedom of being a kid with zero baggage and experience to burden you cannot be overestimated #zanderxayneiskander #iskanderkids

A post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Harith dan mendoakan agar anaknya segera sembuh selepas pembedahan yang dilakukan.

Harith telah mendirikan dengan isterinya, Jezamine Lim yang merupakan seorang berdarah kacukan Cina dan India pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne Iskander dan Zydane Xayne Iskander.