Hiburan
Harris Alif Dedah Pernah Digoda Wanita & Rakan Seindustri - “Lepas Kahwin, Lagi Menjadi-Jadi”
Penyanyi dan pengacara, Harris Alif mengakui dirinya pernah berdepan dengan godaan daripada wanita lain, termasuk rakan industri.
Bagaimanapun, Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 26, mengambil pendekatan untuk tidak melayan kerana sedar dirinya kini berstatus suami orang.
“Sudah semestinya ada, tapi perkara ini berbalik pada diri kita sendiri. Kalau saya kuat untuk menangkis semua benda tu insya-Allah tak ada apa-apa lah.
“Tapi gangguan tu ada DM (mesej langsung). Menjadi-jadi godaan selepas dah kahwin, suami orang dia kata bertanggungjawab, rakan artis pun juga.
“Tapi jangan melayan je lah, saya ambil konsep jangan terlalu melayan. Kalau terlalu melayan kan nanti jadi masalah juga kan
“Jadi saya pun dah sedar diri saya ini suami orang jadi kena kawal sendiri lah,” katanya kepada Gempak.
Harris Alif berkata demikian ketika menghadiri majlis sidang media Puasa Raya RTM yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Pada masa sama, bapa kepada dua anak itu turut mendedahkan antara gangguan yang diterima termasuk mesej dan gambar yang tidak senonoh.
“Gambar macam-macam, mengucaplah kalau tengok. Memang tak sedap mata memandang lah orang kata, lagi-lagi perempuan.
“Tak adalah setiap hari tapi boleh kata kerap jugalah. Seram-seram saya padam je.
“Padam je lah takkan nak tengok dan simpan gambar-gambar tu,” kongsinya.
Bagaimanapun, pelantun lagu Terindah itu turut menegaskan dia selalu bersikap terbuka dan sentiasa berkongsi dengan isterinya, Intan Ladyana, mengenai gangguan tersebut.
“Memang saya kongsi, Dia gelak je lah Sebab dia tahu saya macam mana.
“Mungkin sebab dia dalam industri. Jadi, dia lebih faham. Saya rasa kalau saya dapat isteri yang luar dari industri mungkin akan jadi konflik.
“Saya tunjuk je dan kongsikan dengan isteri. Telefon anak saya pun ada akaun saya. Saya sangat transparent,” ujarnya.
Sekadar info, Harris Alif Nor Rashidi dan Intan Ladyana mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Evie, 2 tahun dan Umayr yang berusia lapan bulan.
BERITA BERKAITAN: Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
BERITA BERKAITAN: Harris Alif Berpendapat Jadi Matang Tak Boleh Belajar Dari Internet - “Dia Tak Ada Tips Ke Apa…”
BERITA BERKAITAN: "Akan Lengkap Sepasang" - Intan Ladyana, Harris Alif Bakal Timang Anak Lelaki
BERITA BERKAITAN: Hamil Anak Kedua, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk - “Jadi Double Penat…”
Must-Watch Video