Hiburan

"Hati Dia Sangat Baik" - Jarak Usia 17 Tahun Tak Halang Harris Alif Jalin Hubungan Dengan Intan Ladyana

Kamaruddin Razal
27/05/2020
07:36 MYT
Pelakon, penyanyi dan pengacara remaja, Harris Alif, 21, mengakui mula rapat dengan aktres Intan Ladyana, 38, semenjak beberapa bulan lalu.
Ketika dihubungi oleh Gempak, Harris mendedahkan dia terpikat dengan Intan yang mempunyai keperibadian baik.
"Sejujurnya, saya dah kenal lama dengan Intan. Lebih sembilan tahun. Tapi ketika itu tak ada perasaan langsung sebab kenal sebagai kawan sahaja.
"Kalau berjumpa di acara, kami bertegur sahaja. Kami rapat semenjak beberapa bulan lalu. Kami sering berhubung dan bermula dari situ, hubungan kami terjalin.
"Intan seorang wanita yang sangat cantik, pandai dan berkeyakinan. Dia mempunyai hati yang sangat baik dan itulah ciri-ciri yang membuatkan saya terpikat dengan Intan," kata Harris.
Dalam pada itu, Harris tidak menganggap beza usia antara dirinya dan Intan menjadi penghalang hubungan mereka.
"Pada awalnya, beza umur 17 tahun membuatkan kami saling tertanya sesama sendiri. Lama kelamaan apabila kami meneruskan hubungan, perkara terbabit tak menjadi masalah.
"Umur bukan isu yang besar atau menjadi penghalang untuk kami. Tidak sama sekali. Tak menjadi penghalang langsung," katanya lagi.
Sebelum ini, Harris dan Intan dikhabarkan menjalin hubungan cinta semenjak penyanyi itu memuat naik foto mereka berdua di laman sosial.
BACA: Beza Usia 17 Tahun, Muat Naik Foto Baju Raya Sedondon... Harris Alif Bercinta Dengan Intan Ladyana?
Harris memuat naik foto mengenakan pakaian raya sedondon bersama Intan di akaun Instagram miliknya dan perkara terbabit mengundang teka-teki ramai peminat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"

gempak
26/04/2024
07:32 MYT
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki.  "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Hiburan

Harris Alif Berpendapat Jadi Matang Tak Boleh Belajar Dari Internet - “Dia Tak Ada Tips Ke Apa…”

gempak
19/02/2024
06:55 MYT
Harris hanya beri pendapat.
Hiburan

"Akan Lengkap Sepasang" - Intan Ladyana, Harris Alif Bakal Timang Anak Lelaki

gempak
12/02/2024
00:45 MYT
Pasangan pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Hiburan

Hamil Anak Kedua, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk - “Jadi Double Penat…”

gempak
24/01/2024
03:55 MYT
Makin cantik Intan hamil anak kedua.
Laman Utama

Harris Alif Lalui Pengalaman Menarik Isteri Hamil, Kini Tampil Dengan Lagu ‘Terindah’ - “Ketika Proses Merakam, Saya Terima Berita…”

gempak
26/03/2023
07:00 MYT
Seronok tengok Harris sekeluarga.