Orang ramai dinasihati untuk berhati-hati ketika membeli 'hand sanitizer' kerana ada sesetengah jenama menggunakan bahan yang memudaratkan kesihatan, malah boleh membawa maut.

Pentadbiran Ubat-Ubatan Makanan (FDA) mendapati kandungan metanol dalam sanitizer boleh menyebabkan keracunan kepada tubuh manusia.

"Pengguna yang telah terdedah kepada penggunaan sanitizer yang mengandungi metanol harus mendapatkan rawatan segera.

"Metanol boleh menyebabkan cirit birit, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan, buta yang kekal, koma dan boleh menyebabkan kematian.

"Walaupun produk yang mengandungi bahan itu hanya disapu ke tangan, tetapi dalam sesetengah kes seperti kanak-kanak yang terminum atau orang dewasa yang meminumnya sebagai pengganti alkohol, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami keracunan metanol," tulis pihak FDA di laman web rasmi mereka.

Apapun, pastikan anda memeriksa kandungan bahan sebelum membeli produk pembasmi kuman di pasaran.

Selain menggunakan hand sanitizer, jangan lupa untuk amalkan membasuh tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, amalkan penjarakan sosial dan lakukan semua perkara yang mampu mencegah penularan wabak COVID-19!

Sumber : FDA