Pelakon Mak Wan Latah menerima kecaman ramai apabila memuat naik video dirinya menari sambil berkaraoke di platform TikTok.

Ramai bertanggapan video seperti itu tidak sesuai memandangkan status Mak Wan sebagai janda dan sudah berusia.

Malah, ada juga yang mendakwa akaun tersebut bukan kepunyaan Mak Wan sebaliknya dicipta oleh pihak tertentu untuk memburukkan nama pelakon itu.

Menepis segala kecaman dan dakwaan tersebut, Mak Wan kemudian tampil memperjelaskan isu berkenaan.

Menurutnya, salahkah dia berbuat demikian kerana dia memang selalu berkaraoke terutamanya setiap kali dia selesai penggambaran.

“Ada buku ke mengatakan salah? Ini akaun Mak Wan bukan sesiapa-sesiapa.

“Hati kita jangan hitam, jangan anggap bila dicerai saje dah dikecam, patut la di cerai'.

“Jangan judge orang disebabkan dia bercerai. Itu semua perancangan Allah swt.

“Kita tak boleh melawan takdir, maafkan Makwan ya,” katanya menerusi video terbaru di TikTok.

@_makwanlatahofficial Reply to @nephophilia123 ♬ original sound - _makwanlatah

Sekadar info, Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April.

Mak Wan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut dengan alasan tertentu.