Sekali lagi penampilan penyanyi Masya Masyitah yang mengayakan stokin jarang berwarna hitam seakan-akan memperlihatkan warna kulit pahanya mengundang pelbagai reaksi netizen di laman sosial.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan teguran daripada netizen yang berharap Masya lebih peka menjaga auratnya memandangkan penyanyi itu berhijab.

“Dik, jarang tu dik. Tutup aurat elok-elok dik. Jangan terlalu ikutkan sangat fesyen dik.

“Pakai apa pun di dalam yang menyerupai kulit tetap haram. Tak percaya tanya ustaz Azhar Idrus tapi biasakan zaman remaja semua ikut trend nanti dah 30 oklah tu slow slow dia ubah. Kadang Kita mengata orang tapi kita pun ada silapnya.

“Minta maaf dulu la ye. Saya tak nak la cakap saya alim. Saya cuma nak pesan sikit saja. Mengaku diri kita Islam, mengaku cintakan Allah dan Nabi tapi dengan cara pemakaian yang ditunjukkan sedikit pun tidak menunjukkan diri seorang wanita islam.

“Paha bukan aurat kot untuk dia tapi aku perasan dia ni memang minat pun orang duk kecam dia… nak popular ikut situ,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, Masya dilihat tidak endah dengan teguran daripada netizen dengan membiarkan sahaja ruang komen ‘terbuka’ untuk kutukan serta kritikan mengenai imejnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Bangga Anak Viral Pakai Baju Tak Kena Imej, Ini Jawapan Ibu Masya Masyitah

Terdahulu, Masya kerap kali mencetuskan kontroversi apabila tampil berani memakai imej seksi dan keterlaluan sekali gus bertentangan dengan peribadinya selakunya wanita bertudung.