Laman Utama

Hati-Hati, KKM Jangka Kes COVID 19 Naik Pada Cuti Krismas

gempak
Maliah Surip
12/12/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
Hati-Hati, KKM Jangka Kes COVID 19 Naik Pada Cuti Krismas
Jika ada yang berfikiran COVID 19 sudah berakhir, maka marilah kita kembali mengambil langkah bersiap siaga.
Hal ini kerana penularan COVID 19 dilaporkan kembali naik.
Malah pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka peningkatan kes COVID-19 berikutan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.
Berikutan itu, Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata peningkatan kes itu juga sudah dapat dilihat sejak kebelakangan ini, namun ia tidak membabitkan kes berisiko tinggi.
"Kita jangkakan pada musim perayaan ini akan berdepan dengan peningkatan kes COVID-19, kerana ketika itu berlakunya kunjung-mengunjung ke rumah keluarga dan saudara mara. Mungkin ada peningkatan sedikit.
"Jadi, kita menasihatkan supaya rakyat mengambil langkah seperti sebelum ini. Sekiranya ada gejala jumpa doktor untuk saringan. Sekiranya positif, lakukan pengasingan kendiri dalam tempoh lima hari.
Selain itu jika ke tempat sesak, walaupun kini tidak diwajibkan, namun kita galakkan untuk memakain pelitup muka selain menjaga kebersihan diri seperti kerap membersihkan tangan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Flag Off Mobiliasasi Madani Afiat dan Ujian Saringan Kesihatan, di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan negara melaporkan peningkatan 3,626 kes COVID-19 atau 57.3 peratus dalam tempoh seminggu dari 19 November hingga 25 November lalu berbanding 2,305 kes yang dilaporkan pada 12 November hingga 18 November lalu.
Sebanyak 2,554 kes COVID-19 baharu direkodkan di seluruh negara kelmarin, menjadikan jumlah kes aktif akibat jangkitan itu adalah sebanyak 20,017 kes.
Berdasarkan data dikongsikan setakat ini di laman sesawang KKMNOW, github.com, dua daripada angka baharu yang direkodkan itu membabitkan kes import.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live