FILEM Polis Evo 2 terus melakarkan sejarah tersendiri apabila meraih kutipan melebihi RM20 juta selepas 17 hari tayangan.

Filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini terus mencetuskan fenomena tersendiri dan masih mendapat sambutan baik penonton.

[ #PolisEvo2 - KUTIPAN melebihi RM 20 JUTA DALAM 17 HARI TAYANGAN ] Alhamdulilah..HASIL SOKONGAN ANDA SEMUA, #PE2 telah meraih kutipan melebihi RM20 JUTA DALAM TEMPOH 17 HARI!!!! Terima Kasih Boh! Jom kita ke balai pawagam yang berdekatan semarakkan semangat #PE2 ✊✊✊ JAGA-JAGA BOH! ?? #PolisEvo2 KINI TELAH MEMBUKA KERTAS SIASATAN DI BALAI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA??, SINGAPORE?? & BRUNEI ?? #PolisEvo2 #PE2 #JanganKejutHarimau #SkuadPolisEvo #PE2 #JagaJagaBoh

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Lebih menarik apabila ada antara penonton yang sudah menyaksikan filem lakonan hebat Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira ini lebih dari 5 kali.

Sebelum ini, Polis Evo 2 berjaya meraih kutipan sebanyak RM17 juta selepas 11 hari tayangan.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!