Hiburan
Heechul (Super Junior) Kongsi Pengalaman Tidur Selama 30 Minit Kerana Jadual Padat
Penyanyi dari kumpulan Super Junior Heechul mengakui pernah tidur selama 30 minit sahaja sehari kerana jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti seni.
Koreaboo melaporkan, Heechul menjelaskan bahawa untuk mencapai kejayaan banyak pengorbanan perlu dilakukan untuk menjadi seorang bintang Kpop yang berjaya.
"Apa yang semua orang diluar sana lihat adalah luaran tetapi sebenarnya orang tidak tahu pengorbanan yang perlu dilakukan demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi.
"Kami harus cepat untuk bergerak ke banyak tempat untuk melakukan persembahan, kemunculan di radio dan televisyen serta temuramah.
"Kadang-kadang cuma dapat tidur selama 30 minit sahaja kerana perlu bangun awal untuk aktiviti seterusnya," kata Heechul.
Menurut Heechul lagi, dia tidak pernah mengambil keputusan untuk bergelar seorang selebriti kerana itu adalah pilihannya selain menyedari bukan mudah untuk berjaya.
Must-Watch Video