,
Berita

Hello Hijabista, Ini 4 Ciri-Ciri Salon Mesra Muslim Yang Anda Perlu Tahu!

Syafiqah Jalal
08/08/2019
14:04 MYT
Meskipun perlu berhijab, namun rambut adalah mahkota wanita yang penting untuk dijaga dan dirapi.
Malah penjagaan rambut sebenarnya lebih penting buat wanita berhijab kerana hampir seharian rambut mereka terperap di dalam tudung dan tidak mendapat pengudaraan yang cukup.
Bagaimanapun, ramai wanita bimbang untuk ke salon bagi membuat rawatan dan penjagaan rambut kerana kebanyakan salon tidak mesra muslim.
Kini, ia tidak menjadi masalah kerana salon The Hair Tric & Lashility menawarkan empat ciri-ciri yang sesuai untuk muslim terutama wanita dan hijabista.
  1. Sijil Halal
Memastikan sesuatu produk itu halal adalah penting sebelum digunakan. Jadi wajib untuk pelanggan beragama Islam memastikan kedai atau salon tersebut mendapat sijil halal untuk setiap produk penjagaan serta rawatan rambut yang digunakan
  1. Bilik khas dan tertutup
Bagi wanita muslim, rambut adalah aurat yang wajib ditutup. Namun kebanyakan muslimah kurang yakin berkunjung ke salon kerana bimbang ketika menjalani rawatan atau perkhidmatan tersebut ada pengunjung bukan muhrim memasuki salon ketika aurat mereka terdedah.
Bagaimanapun di The Hair Tric & Lashility menyediakan sebuah bilik khas tertutup untuk wanita muslim menjalani rawatan serta perkhidmatan memotong rambut.
  1. Jurugaya rambut wanita
Selain itu, penting juga untuk wanita muslimah mendapat perkhidmatan jurugaya rambut dari wanita kerana aurat mereka lebih terjaga termasuk apabila bersentuhan.
Di The Hair Tric & Lashility hampir ke semua jurugaya rambut termasuk juruteknik bulu mata terdiri daripada wanita. Jadi ia mudah dan selesa untuk wanita muslim ke sana.
  1. Suasana yang tenang dan nyaman
Perkara ini mungkin dilihat tidak penting buat sesetengah pelanggan, namun percayalah suasana salon yang tenang dan nyaman secara tidak langsung akan mempengaruhi mood yang baik terutama ketika hendak memanjakan diri.
Selain mempunyai perkhidmatan kecantikan rambut, The Hair Tric & Lashility turut memberikan perkhidmatan bulu mata tambahan panjang.
The Hair Tric & Lashility kini baru sahaja dibuka di pusat membeli-belah MyTown, Kuala Lumpur dan sebuah di lokasi pertamanya di Jalan Telawi, Bangsar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Rambut Merupakan Mahkota Seorang Wanita, Walaupun Berhijab Mampu Kekal Yakin Diri Dengan Adanya Dove Micellar Fresh Nourishment. Kamu Tetap Kamu!

gempak
01/11/2022
06:30 MYT
Dove Micellar Fresh Nourishment, Kamu Tetap Kamu
Laman Utama

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir

gempak
19/08/2022
05:56 MYT
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.
Laman Utama

“Pening Memikirkan Nasib…”- Kerana Lockdown, Bambang Terpaksa Akur Salon-Salon Miliknya Ditutup

gempak
01/06/2021
08:46 MYT
Potong rambut kat rumah jelah lepas ni
Gaya Hidup

Beli Bekas Minuman Dapat Tudung Berjenama Percuma? Menariknya!

gempak
07/08/2019
07:52 MYT
Berita

Hamil 5 Bulan, Vivy Yusof Teruja Dapat Tahu Jantina Baby

gempak
08/06/2018
07:00 MYT
Unitar