Raya tahun ini menjadi lebih bermakna apabila kita dibenarkan untuk menyambut secara bersemuka bersama keluarga dan rakan-rakan memandangkan negara sudah mula memasuki peralihan endemik.

Maka untuk menjadikan raya lebih bermakna, Astro ingin memberikan ganjaran istimewa kepada anda sepanjang lebaran ini.

Jadi Astro tampil sekali lagi dengan Astro Rewards iaitu program berbentuk ganjaran kepada pelanggan setianya.

Dalam erti kata lain adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia Astro dengan menawarkan pelbagai ganjaran atau item eksklusif dan premium.

Antaranya perabot Fella Design bernilai RM20,948, baucar hotel dan penerbangan AirAsia, baucar ZALORA serta banyak lagi hadiah bermakna untuk dimiliki pelanggan Astro yang setia.

Tebus kod penyertaan di Page Rewards, isi borang di Page Peraduan dan jawab tiga soalan dengan betul untuk peluang memenangi hadiah istimewa. Menarik kan?

Cara-cara nak sertai? Eh mudah sahaja!

Layari rewards.astro.com.my kemudian ikut cara di bawah ya:

1. Klik “TERUSKAN” untuk mendapatkan kod Penyertaan Peraduan.

2. Klik “TERUSKAN” untuk mengakses borang Page Peraduan.

3. Jawab tiga (3) soalan, masukkan kod penyertaan dan lengkapkan butiran yang diperlukan.

4. Baca Terma dan Syarat serta Notis Privasi; sila sahkan penyertaan peraduan pada kotak pengakuan.

5. Klik butang “HANTAR” untuk melengkapkan penyertaan.

Tarikh penyertaan bermula sekarang hingga 11 Mei 2022.

Pemenang akan dipilih secara rawak pada akhir tempoh peraduan, berdasarkan semua hantaran daripada peserta yang layak.

Tertakluk Terma dan Syarat, Terma Standard dan Notis Privasi.