,
Hiburan

“Hi Fynn Jamal, Mungkin Salah Saya” - Gadis Ini Kongsi ‘Detik Hitam’ Jadi Mangsa Pakcik Sendiri Seawal Usia...

Hanafis Haris
27/06/2020
18:14 MYT
Gara-gara isu seksual yang dibangkitkan oleh penyanyi Fynn Jamal sejak semalam, seorang gadis dengan berani tampil berkongsi ‘detik hitam’ kepada umum.

Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Twitternya, semalam.

“Hi Fynn Jamal, hampir 18 tahun peristiwa hitam ini terjadi tapi masih segar dalam ingatan. Saya adalah seorang mangsa ‘sexual grooming’ seawal usia 6 tahun.

“Pelakunya adalah pakcik saya sendiri, seseorang yang dibolehkan menjadi wali menggantikan ayah

“Ketika itu, saya masih dalam tadika dan setiap hari pakcik saya ditugaskan untuk ambil saya dan bawa pulang ke rumah. Tahu tak, tak pernah sekali pun saya rasa seronok nak balik rumah.

“Ada saja alasan diberi pada cikgu, hanya kerana saya tak nak balik ke rumah,”

Jelasnya, perlakuan pakciknya itu kemudian diketahui oleh ibunya selepas dia mengadu sakit di bahagian

“Bila mama bawa saya ke klinik, barulah saya beritahu Dr yang merawat apa yang

“Pakcik hanya terima ‘nasihat’ dan akhirnya dia pindah keluar dari rumah.

“Sekarang, pakcik dah berkahwin dan sudah pun ada 4 orang anak. 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Setiap kali raya, saya kena jumpa dan tegur dia macam biasa dan berpura-pura macam saya masih Minhalina berumur 6 tahun, yang tidak tahu apa apa,”

Tambahnya, pada umur enam tahun dia ketika itu masih belum tudung.

“Betul Fynn Jamal, waktu saya umur 6 tahun tu, saya mengaku memang saya belum bertudung dan mungkin juga faktor perangai saya yang kebudak-budakkan sewaktu itu yang ‘trigger’ pakcik saya untuk berbuat

“Mungkin memang salah saya,” katanya.

Biarpun ramai yang bersimpati dengan nasib dialami gadis berkenaan, tidak kurang juga yang mempersoalkan tujuan kisah tersebit diceritakan kepada umum.

Namun, menurut gadis tersebut niatnya hanyalah untuk dengan satu tujuan advokasi.

“Jika anda tidak pernah lalui situasi sebegini, maka elakkan daripada berkata apa apa.

“Mangsa jenayah seksual berhak untuk berkongsi cerita mereka jika mereka mahu,” katanya.

Sehingga kini posting berkenaan telah dikongsi sebanyak 18,00 kali.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Atlet Gusti Mesir Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Serangan Seksual

gempak
10/08/2024
01:55 MYT
Polis Perancis menangkap seorang atlet gusti Olimpik Mesir atas dakwaan serangan seksual pada awal pagi Jumaat di luar sebuah kafe yang dikunjunginya di ibu kota Perancis, kata pejabat pendakwa Paris.
Berita

Olimpik Paris 2024: 300,000 Kondom Diberi Kepada 14, 250 Atlet

gempak
06/07/2024
14:55 MYT
Selepas temasya Olimpik Tokyo 2020 mengetatkan polisi kesihatan dan hubungan intim kerana jangkitan COVID 19, Olimpik Paris 2024 mengikut langkah yang sama dengan mengedarkan sebanyak 300,000 kondom kepada 14, 250 atlet yang bertanding.
Viral

Kongsi Gambar Tak Berpakaian Di TikTok, Lelaki Didakwa Bergelar Guru Dikritik Netizen - “Cikgu? Macam Ni?!”

gempak
18/02/2024
11:55 MYT
Makin ramai terlibat kegiatan macam ni...
Hiburan

Cium Pipi Wanita, Bintang Squid Game Usia 79, Oh Young Soo Bakal Dipenjara

gempak
03/02/2024
04:50 MYT
Oh Young Soo berdepan hukuman penjara setahun jika didapati bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita.
Laman Utama

Lizzo Disaman Buat Gangguan Seksual, Rasis Hingga Hina Fizikal Penarinya

gempak
03/08/2023
06:50 MYT
Tiga orang saman serentak!