Penyanyi era 80-an Halil Chik, 70, meninggal dunia akibat kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung ringan di Hospital Ampang, jam 7 pagi ini.

Allahyarham Halil dimandi serta dikafankan di hospital dan seterusnya dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa untuk solat jenazah.

Jenazah penyanyi yang popular dengan lagu Lenggang Mak Limah itu dijangka akan dikebumi d Tanah Perkiburan Islam Ukay Perdana selepas selesai solat Zohor.

Rakannya, Datuk Tommie Tumiran memberitahu kini beliau harus menunggu kedatangan ahli keluarga Allahyarham Halil yang kebanyakannya menetap di Singapura.

"Semua ahli keluarga arwah sudah dimaklumkan dan sekarang saya masih menunggu kedatangan mereka di Masjid Bukit Antarabangsa.

"Mereka (keluarga arwah) meminta saya menunggu dan harapnya dapatlah mereka sampai ke ibu kota dari Singapura sebelum jenazah selamat dikebumikan nanti," katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Allahyarham Halil dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas jatuh dari katil di kediamannya di Bukit Antarabangsa jam 9 malam, pada 19 Jun lalu.