Laman Utama
Hidayah Tak Lupa Arwah Abam Walaupun Tak Ziarah Kubur
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali mengakui sentiasa mengingati arwah suaminya dan akan terus berjuang membesarkan anak mereka, Syed Uthman Hamzah.
Kata Hidayah, sempena ulangtahun kelahiran arwah suaminya, biarpun dia tidak menziarahi pusara Abam, ingatannya masih utuh kepada selagi hayat dikandung badan.
"Selamat Hari Lahir Suamiku. Walaupun terpisah dunia tetapi rohnya sentiasa disisiku...ku percaya dia sentiasa menemaniku. Kekuatannya, keberaniannya, semangatnya ku pinjam...
"Berehatlah sayang, damailah sayang, bersemadilah sayang.
"Akuuuu ??? akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayat ku masih ada dan menjadi bidadarimu hingga ke akhirnya..
"Tak semestinya tak pergi tempatmu, ku lupakan mu. Tidak! Setiap masa, setiap saat , setiap detik tidak penah ku lupa akan ku selit namamu di dalam doaku dan setiap sujudku, Al-fatihah untukmu imam ku Syed Umar Mokhtar," coretnya di Instagram.
Tambah Hidayah, dia memanjatkan syukur atas doa ramai setelah kini akhirnya memiliki sebuah kedai buat dia mencari rezeki.
"Syed Uthman Hamzah harta yang tak ternilai akan ku jaga dan akan ku bimbing anak kita menjadi anak yang soleh, bila dia besar dia akan mendoakan ayah dia di syurga dan berbakti kepada ibu dan ayahmu..
"Alhamdulliah syukur pada Allah sekarang ku ada kedai sendiri berkat doa-doa anda semua saya berjaya sampai sekarang.
"Ku akan terus kuat dan teruskan perjuangan ku untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu dan kita kongsi pahala bersama-sama," katanya.
Hidayah dan Abam telah berkahwin pada 2017. Namun, pelawak itu meninggal dunia pada Februari tahun lalu akibat demam panas.
Must-Watch Video