Berita

Hijjaz Cipta ‘Simpati Buatmu’ Ajak Masyarakat Dunia Kongsi Penderitaan Masyarakat Palestin dan Rohingya

Elrafaei Sapi
10/07/2018
11:27 MYT
Kumpulan nasyid popular Hijjaz tampil menghasilkan sebuah lagu berkonsepkan kemanusiaan berjudul Simpati Buatmu, sebagai usaha mengajak orang ramai berkongsi penderitaan masyarakat Palestin dan Rohingya.
Ujarnya, lagu ciptaan Isman Nadim Isam turut bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, Persatuan Simpati Masyarakat (SYMPATHY) bermatlamat menyantuni masyarakat bukan saja di Malaysia tapi di seluruh dunia.
Menariknya, Isman memberitahu dia mendapat ilham menghasilkan lagu tersebut ketika menjadi sukarelawan ke Syria dan Cox's Bazar, Bangladesh sebelum ini.
"Hasrat saya adalah mahu lagu ini bukan hanya perjuangan untuk orang Rohingya saja tapi semua masyarakat di dunia.
"Saya ingin mengajak orang lain bersama-sama menyanyi dan merasai kesusahan kemudian wujud rasa simpati terhadap masyarakat Rohingya dan Palestin yang menjadi mangsa," katanya pada sidang media program Masih Ada Simpati di Kuala Lumpur, hari ini.
Jelasnya, penderitaan masyarakat Rohingya cukup menyedihkan terutama kanak-kanak yang tinggal di penempatan sementara di Cox's Bazar.
"Saya lihat kanak-kanak di Cox's Bazar mempunyai semangat mahu belajar walaupun dalam suasana serba kekurangan. Malah, keluarga mereka juga sebenarnya daripada golongan cerdik pandai," katanya.
Menerusi kerjasama berkenaan, mereka juga bersama Yayasan Al-Quds Malaysia melancarkan program Kanak-Kanak Palestin Pergi Ke Sekolah yang bertujuan memberi bantuan persekolahan kepada lebih 300,000 kanak-kanak di sana.
Bagi melaksanakan misi itu, penganjur mengharap sumbangan orang ramai dapat dikutip untuk mencapai sasaran mengumpul dana sebanyak RM1 juta.
Maklumat lanjut mengenai aktiviti yang dijalankan boleh menghubungi SYMPATHY di talian 03-77346880 atau Instagram @sympathysociety atau Facebook Page, @sympathy.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Viral

Peniaga Vietnam Halau Pelancong Israel - “Kami Hanya Terima Manusia, Anjing & Kucing Sahaja”

gempak
04/07/2024
00:55 MYT
Seorang peniaga di Vietnam meraih perhatian netizen selepas rakaman video yang memperlihatkan dirinya mengusir satu keluarga yang didakwa berasal dari Israel viral di media sosial.