Keputusan pelakon dan usahawan Mawar Rashid tidak lagi mengenakan hijab mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di laman sosial.

Malah, pelakon Zoey Rahman turut meninggalkan komen nasihat di ruang perkongsian artikel mengenai Mawar di akaun Instagram Astro Gempak.

Menerusi komen tersebut, Zoey berkata bukan mudah untuk terus istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara dan menganggap apa yang terjadi merupakan ujian buat Mawar.

“Hijrah itu senang, istiqamah itu susah… apa-apa pun doakan yang terbaik untuk Mawar. Ujian untuk dia, semoga ada jalan yang terbaik,” kata Zoey.

Rata-rata netizen di ruang komen tersebut turut bersetuju dengan kenyataan Zoey dan mendoakan agar Mawar kembali istiqamah dalam memakai tudung.

“Yang ni sungguh, kalau lawa Allah uji dengan begini. Semua ada ujian masing-masing… kita pun ujian juga.

“Sebab itu nak dapat syurga Allah ni bukan senang. Bukan calang-calang orang yang dapat.

“Bukan gagal tapi Allah nak uji terus istiqamah bertudung InsyaAllah ada manisnya,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Mawar memuat naik dua keping foto memperlihatkan dia tidak lagi berhijab dan mengakui sudah mencuba namun gagal.

Usaha Gempak untuk mendapatkan penjelasan daripada Mawar dan suaminya iaitu Raf Yaakob gagal apabila kedua-dua mereka tidak membalas mesej serta panggilan.

BACA SINI: Mawar Rashid Buka Tudung - “Saya Dah Cuba Tapi Saya Gagal”