Suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mendedahkan hilang 22 kilogram (kg) selepas lima bulan mengamalkan pemakanan sihat.

Raf menerusi hantaran di Instagram (IG) berkata berat badannya mengalami kenaikan sehingga 16kg selepas menjalani pembedahan dan pembetulan ligaman ACL.

Bagaimanapun dia memulakan latihan bola sepak, gymnasium dan mengambil pemakanan sihat selepas lututnya kembali pulih.

“Satu ketika dulu after my 3rd ACL (Yes Raf 3x operate ACL), Raf naik from 75kg to 91kg. Bila lutut dah ok, I start back my football training, gym and eat clean. I lost 22kg in 5 months.

“Since lockdown, Raf naik to 90kg. But dah start diet since 1st September, now dah turun 85kg. Turun 5kg in 1 week.

“Beza dulu dengan sekarang, dulu lambat turun but now sekejap je turun. Sebab muscle memory. I’m targeting to be 75kg by end of this month. October dah nak start shoot untuk Netflix,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen rata-rata pengikut turut bertanyakan tips tentang penurunan berat badan Raf.

Jawab Raf, penurunan berat dan perubahan bentuk badannya mengambil masa 30 hingga 60 hari selepas menjalani diet sihat dan bersukan secara konsisten.

Sehingga hari ini ukuran lemak Raf juga menyusut sehingga 6% berbanding 29% ketika berat badannya mencecah 91kg.

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)