Pelakon Sherry Ibrahim meluahkan kekesalan apabila pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak dimasuki pencuri.

Ekoran kejadian itu sekitar 14 Mei lalu, 9 biji telefon bimbit yang menyimpan data pelanggannya telah dicuri.

"Pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak telah dimasuki pencuri dan 9 biji telefon bimbit telah dicuri.

"Telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang kami usahakan selama ini.

"Rekod CCTV telah merakam lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut.

"Kami mengharapkan bantuan anda semua mudah-mudahan dapat ditangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.

"Dan suspek juga memang ada banyak kes-kes lain sebelum ini," tulis Sherry menerusi akaun Instagramnya.

Assalamualaikum semua, . Mohon Sebarkan: . Semalam 14 Mei 2018 pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak telah di masuki PENCURI dan 9 biji telefon bimbit telah di curi. . Telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang kami usahakan selama ini. . Record CCTV telah merakam lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut. . Kami mengharapkan bantuan anda semua mudah2an dapat di tangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.Dan suspek juga memang ada banyak kes2 lain sebelum ini. . Laporan Polis telah di buat??‍♂️⚖️ . Bagi yang mempunyai maklumat boleh whatsapp En. Zali - 016 411 4020 . Terima kasih atas bantuan semua & please share ?

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on



Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sherryibrahim