“Pecah perut wehhhh saka nama Giselle!” itu antara komen ditinggalkan warganet selepas menonton episod 3 Dukun Diva : Giselle Oh Giselle malam tadi.

Mana tidaknya, kata orang tua-tua pewaris Saka Rimau ini hanya seorang wanita tetapi Dukun Diva telah menampilkan pelakon Anas Ridzuan sebagai Tok Moh Dee sebagai pemilik saka.

Bagaimanapun ada dua kepercayaan iaitu pewaris perempuan berlaku di negeri yang mengamalkan Adat Pepatih kerana perempuanlah yang menjadi tuan tanah.

Manakala di negeri yang mengamalkan Adat Temenggung, lelaki atau perempuan yang akan menjadi pewaris.

Macam tu lah serba sedikit cerita mengenai Saka Rimau ni yang dipelihara oleh seseorang bagi tujuan memelihara harta benda dan melindungi diri daripada musuh.

Dalam episod malam tadi, rata-rata penonton terhibur apabila Che Yah dan Lola menggelabah apabila saka Bernama Giselle merasuk anak Datuk DD, Baby Riena lakonan Siti Khadijah Halim.

“Lama tak tengok drama series melayu yang on point. Dengan lawaknya, pelakon-pelakon best. I really love the chemistry between Nadia dengan Eyka. Ngam terukkkk!”

“Wehhh…Saka Rimau tapi nama Giselle! Barai la #DukunDiva ni. Hilang stress hari Isnin aku!”

“Laaa habis dah…Lambat lagi nak tengok next episod kena tunggu Isnin depan..”

“Yang Tok Moh Dee ni pun boleh tahan ting-tong ehhhh.”

Antara komen ditinggal penonton di laman sosial.

Kepada yang terlepas menonton episod 1 hingga 3 Dukun Diva: They Put Sham In Shaman, boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Apakah yang berlaku dalam episod 4: ‘Kita Family’ minggu hadapan? Katanya Che Yah menyamar jadi pekerja Datuk Saddiq? Saksikan di Astro Citra jam 9 malam ya!

Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.

Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dah syarat.