Laman Utama
#HisteriaTheSeries: Siasat Sampai Ke Ladang Kelapa Sawit, Netizen Setuju Episod Kedua Makin Seram
Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.
Memasuki minggu kedua, Histeria The Series mengisahkan episod The Resurrection, Alia, Putri, Diana dan Zee mula menyiasat perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Bukan sahaja itu, barisan pelajar senior turut pergi ke ladang kelapa sawit tersebut untuk bertemu dengan kekasih masing-masing. Malangnya, ada lembaga memakai pakaian sekolah tiba-tiba muncul.
Di laman sosial Twitter, ramai peminat berpendapat plot dan kisah drama bersiri ini semakin menyeramkan dan ada beberapa watak semakin mencurigakan.
“Putri ni macam sesuatu tau,” komen seorang wargamaya.
“Disebabkan perasan ingin tahu tentang masa silam sampai sanggup siasat dan tersesat dalam hutan. Hati hati jangan sampai kena Histeria,” kata seorang wargamaya.
“Episod malam ni memang betul-betul seram naik segala bulu roma bila tengok,” ujar seorang wargamaya.
“Aih, bebudak baru ni taktau pasal kes murni ke? Dorg sibuk seru farah, tapi yg datang tu rupanya member murni,” tulis seorang wargamaya lagi.
Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Must-Watch Video