Skip to main content

Selebriti

Yuna Selesa Bergerak Sebagai Artis Independant, Mahu Hak Milik Karya Sepenuhnya - “Walaupun Susah Buat Sendiri Tetapi…”

Yuna Selesa Bergerak Sebagai Artis Independant, Mahu Hak Milik Karya Sepenuhnya - “Walaupun Susah Buat Sendiri Tetapi…”

Sekilas

  • Yuna kini selesa bergerak sebagai artis bebas untuk memiliki sepenuhnya hak cipta lagu-lagunya tanpa bergantung pada syarikat rakaman.
  • Album terbaharunya, Senjata, yang mengandungi tujuh lagu, dihasilkan dengan disiplin tinggi dan kolaborasi bersama penerbit serta penulis lagu tempatan.
  • Yuna yakin album ini memenuhi kerinduan peminat terhadap muziknya sebelum ini dan menerima maklum balas positif dari pendengar.
Advertisement

Penyanyi, Yuna mengakui selesa bergerak sebagai artis bebas tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

Menurut Yuna, tumpuannya ketika ini adalah untuk memiliki sepenuhnya hak terhadap karya-karya yang dihasilkannya.

Advertisement

“Sign label okay sahaja tetapi saya nak fokus kepada owning lagu sendiri. Kalau saya keluarkan lagu, lagu itu akan 100 peratus akan jadi hak milik saya dan bukannya label.

“Sebagai artis independant dan penulis, itu paling penting. Bagi saya, saya yang tulis, buat susunan lagu dan kawan saya buat. Baik saya simpan. Saya selesa bergerak sendiri. Contohnya, kalau lagu untuk pawagam, mereka perlu dapatkan approval saya,” katanya kepada Gempak.

Yuna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran album terbaharunya, Senjata, di Jam Box, Petaling Jaya pada Khamis.

Advertisement

Dalam masa sama, Yuna turut menegaskan bahawa proses menghasilkan album Senjata memerlukan tahap disiplin yang tinggi.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang sangat memahami dan komited sepanjang proses penerbitan album berkenaan.

“Saya buat semua sendiri dan fikir sendiri. Saya kena berdisiplin. Ia memerlukan disiplin dalam planning. Nak dapatkan semua orang in the same page lagi. Kumpulan saya akan pastikan apa apa jadi dalam studio, mereka kena ada.

“Mereka sangat komited dan memahami. Mereka hargai kolabrasi itu. Walaupun susah buat sendiri, album ini adalah proses belajar tetapi ia sangat rileks dan menyeronokkan,” ujarnya.

Sementara itu, meskipun industri muzik kini tampil dengan pelbagai genre muzik baharu, pelantun lagu Dan Sebenarnya itu berkata dia yakin dengan penerbitan album tersebut kerana mahu memenuhi kerinduan peminat terhadap fasa muziknya sebelum ini.

“Kena stay true to yourself, Saya buat album ini semua usaha dan insiatif saya tanpa pressure. Saya buat kerana merasakan peminat saya akan suka. Saya agak yakin untuk buat album ini dari segi vision untuk peminat saya. Komen saya kat Youtube semua positif, ramai yang suka dan rindu Yuna dulu,” kongsinya.

Selepas empat tahun, Yuna kini kembali dengan album baharu berjudul Senjata yang memuatkan tujuh buah lagu.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Senjata, Lena, Tinggi Rendah Langit, Intuisi, Rockstar, Siren dan sebuah karya berbahasa Inggeris berjudul Turn Back Time.

Album terbitan Yuna Room Records itu turut mencerminkan hala tuju muzik Yuna menerusi beberapa kolaborasi bersama penerbit dan penulis lagu tempatan seperti Anas Amdan, Aizat Amdan dan Raja Nazrin Shah (SOG).

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement