Skip to main content

Hiburan

Demi Watak Fiz Dalam S.O.S, Evertts Gomes Berlatih Nyanyi Dalam Tandas - “Saya Jumpa Beberapa Kawan Penyanyi Untuk…”

Demi Watak Fiz Dalam S.O.S, Evertts Gomes Berlatih Nyanyi Dalam Tandas - “Saya Jumpa Beberapa Kawan Penyanyi Untuk…”

Sekilas

  • Evertts Gomes banyak berlatih menyanyi ketika mandi sebagai persediaan untuk watak Fiz dalam drama muzikal S.O.S walaupun tiada pengalaman menyanyi sebelum ini.
  • Dia mendapatkan bantuan rakan penyanyi dan menghadiri latihan untuk memperbaiki kemahiran vokalnya, termasuk belajar teknik mencapai nada tinggi dan vibrato.
  • Drama S.O.S yang mengisahkan persahabatan dan persaingan pelajar universiti akan disiarkan mulai 18 November di Astro Ria dan platform digital seperti Astro GO dan sooka.
Advertisement

Pelakon Evertts Gomes mengakui banyak berlatih menyanyi ketika mandi sebagai persediaan membawakan watak Fiz dalam drama muzikal S.O.S (School of Stars).

Evertts berkata, dia pada awalnya bimbang menerima tawaran tersebut kerana tidak mempunyai pengalaman menyanyi meskipun pernah menjadi penari ketika bersekolah.

“Untuk persediaan, saya banyak menyanyi dalam tandas sambil mandi. Ada satu komen mengatakan 99 peratus orang Sabah boleh menyanyi.

“Saya setuju, tetapi sayalah satu peratus yang tidak boleh menyanyi,” katanya sambil ketawa.

Menurut Evertts, kebimbangan itu mendorongnya menghadiri latihan dan mendapatkan bantuan rakan penyanyi.

“Agak risau juga ketika mula-mula dapat S.O.S. Saya boleh menari sebab pernah menjadi penari masa sekolah, tetapi saya tidak pernah menyanyi.

“Tetapi saya terus mencuba, pergi berlatih dan berjumpa beberapa kawan penyanyi untuk meminta pertolongan.

“Saya mendekati Shahrul Kamal dan Ariel Fesol untuk belajar cara mencapai nada tinggi dan sebagainya. Perlahan-lahan saya belajar daripada kawan-kawan penyanyi,” ujarnya.

Ditanya mengenai kesukaran menyanyi, Evertts percaya latihan berterusan membolehkan seseorang memperbaiki kebolehan mereka.

“Bagi saya, semua orang boleh melakukan sesuatu kalau mempunyai latihan mencukupi. Contohnya, suara kita mungkin tidak pernah mencapai julat tertentu untuk menyanyi.

“Tetapi jika berlatih setiap hari, kita akan lebih mudah mencapai julat itu. Begitulah cara mengawal tona, julat suara dan organ juga.

“Bagi saya, menyanyi sedikit mudah kerana ketika berlakon, saya pernah mengikuti kelas pernafasan. Jadi apabila menyanyi, kaedahnya hampir sama.

“Cuma kena belajar vibrato sahaja. Betul, kan? Penyanyi semua jangan marah saya, ya,” katanya berseloroh.

S.O.S mengisahkan persahabatan, percintaan dan persaingan sekumpulan pelajar universiti dalam mengejar impian seni.

Drama lapan episod arahan Imri Nasution itu turut dibintangi Nelysa Kay, Daniel Fong, Alvy Joanna, Faiz Najib, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan Rashidi Ishak.

S.O.S bersiaran mulai 18 November ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam di Astro Ria, saluran 104, serta boleh ditonton menerusi Astro GO, On Demand dan sooka.



Dalam masa sama, Evertts tidak menolak kemungkinan meneroka bidang muzik, namun belum mempunyai keputusan mengenai penghasilan single sendiri.

Menurutnya, ahli keluarganya juga mempunyai latar belakang dalam bidang tersebut.

“Single itu belum tahu. Mungkin saya akan perlahan-lahan meneroka muzik sebab keluarga saya semuanya datang daripada muzik.

“Baru-baru ini Shahrul Kamal ada membuat pengumuman bahawa hampir semua Kudrat Boys boleh menyanyi. Jadi dia terfikir menarik juga kalau buat lagu raya.

“Risaulah pula, tetapi macam menarik sebab saya tidak pernah buat lagu raya. Hendak buat single pun belum pernah. Single pernah, biasalah,” ujarnya sambil bergurau mengenai status solo.

Evertts menambah, kemungkinan menghasilkan single boleh dipertimbangkan pada masa hadapan.

S.O.S mengisahkan persahabatan, percintaan dan persaingan sekumpulan pelajar universiti dalam mengejar impian seni.

Drama lapan episod arahan Imri Nasution itu turut dibintangi Nelysa Kay, Daniel Fong, Alvy Joanna, Faiz Najib, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan Rashidi Ishak.

S.O.S bersiaran mulai 18 November ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam di Astro Ria, saluran 104, serta boleh ditonton menerusi Astro GO, On Demand dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Must Watch Video

Advertisement