Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hisyam Hamid Belum Sedia Ulas Status Cerai - "Siapa Yang Perasan Tu, Perasanlah"

Gempak
10/05/2024 06:20 MYT
Pelakon Hisyam Hamid masih belum bersedia mengulas status bersama isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel selepas timbul dakwaan rumah tangga mereka sedang bergolak.

Bagaimanapun, Hisyam memohon agar orang ramai mendoakan perkahwinan dibina bersama Mel sejak 2006 itu terus kukuh dan sentiasa dalam keadaan baik.

"Mungkin dalam setiap perkahwinan ada masalah dihadapi dan ada pasang surutnya. Saya tak tahu bagaimana hendak jawab dan ulas mengenai perkara ini (status rumah tangga).


"Mungkin bila tiba masa sesuai dan sudah bersedia, saya akan cakap. Untuk bercakap mengenai perkara ini, banyak faktor yang perlu diambil kira.

"Saya perlu jaga hati anak-anak, jadi saya masih berfikir," katanya kepada Berita Harian.

BERITA TRENDING: "Saya Masih Suami Orang" - Hisyam Hamid

Isteri urus karier

Mengulas hubungan bersama isteri, Hisyam memberitahu, mereka masih baik dan saling berkomunikasi terutama membabitkan kerjaya seninya.

"Sebenarnya kami sampai sekarang okay. Hari Raya baru-baru ini kami masih keluar bersama anak-anak. Dia juga masih mengurus kerjaya saya. Tapi untuk komen mengenai status, saya masih belum bersedia.

"Sebenarnya perkara ini sudah lama. Siapa yang perasan itu, perasanlah," kata pelakon kelahiran Singapura ini.

Terlalu peribadi

Dalam pada itu, Hisyam mengakui, tidak keberatan apabila kisah peribadinya menjadi perhatian ramai kerana menyedari itu sebahagian daripada perjalanan bergelar selebriti.

"Saya faham saya seorang selebriti, jadi orang hendak tahu mengenai hal peribadi. Kalau jika saya orang awam, mungkin tak ada yang kisah. Saya faham ada peminat yang sering bertanya, malah ramai juga sering mendoakan kami.

"Apa yang saya boleh cakap, hubungan kami baik-baik sahaja. Cuma ada beberapa perkara agak peribadi dan saya tak boleh berkongsi," katanya.

Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.

BERITA TRENDING: Setahun Lebih Terpisah, Hisyam Hamid Syukur Dapat Balik Jumpa Keluarga Di Singapura

Sumber: Berita Harian
#pelakon #Viral #cerai #Hisham Hamid #Isteri #Mel
;