gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Nahas Jalan Raya, Dua Minggu Selepas Berkahwin
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ANTARABANGSA

Honda Civic Type R Limited Edition, Edisi Paling Jahat Dalam Keluarga FK8R

Erywan
Erywan
21/02/2020
08:00 MYT
Sponsor Banner
Honda Civic Type R Limited Edition, Edisi Paling Jahat Dalam Keluarga FK8R
Hampir tiga tahun Honda Civic Type R diperkenalkan di Malaysia dan menjadi kenderaan berprestasi paling hebat bagi jenama Honda di negara ini.
Pada acara Tokyo Auto Salon pada awal tahun ini, Honda membuat kejutan dengan memperkenalkan model facelift selepas menerima pembaharuan dari segi penampilan dan diberikan perubahan pada berberapa ciri mekanikal. Namun, kali ini lagi hebat apabila muncul pula versi Civic Type R Limited Edition yang lebih ringan dan hanya 700 unit sahaja dikeluarkan. Daripada jumlah itu, 100 unit untuk pasaran Eropah, manakala Amerika Syarikat menerima sebanyak 600 unit.
Di Amerika Syarikat, beratnya hanya berkurang 20.9 kilogram (kg) selepas menukar rim standard kepada roda aluminium BBS bersaiz 20 inci untuk mengurangkan berat 8.1 kilogram (kg). Ia juga turut dikurangkan penebat bunyi, buang saluran pemanas belakang, wiper belakang, penutup tonneau. Berbeza pula bagi pasaran Eropah apabila beratnya berkurang sehingga 47 kg selepas banyak lagi barangan 'dibuang' seperti sistem infotainmen, pembesar suara dan penyaman udara.
Bagaimanapun, kedua-dua jentera untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat itu dibuat semula berhubung casisnya dengan menala sistem suspensi dan stereng untuk meningkatkan pengendalian. Honda berkata, perubahan yang dilakukan itu membuat Type R berkenaan kereta hatchback pacuan hadapang paling dinamik berada di pasaran ketika ini.
Selain berwarna kuning, Type R versi edisi terhad itu dipadankan dengan lencana krom gelap, selain bumbung, cermin sisi, saluran udara pada bampar dicat warna hitam berkilat. Malah ia juga dilengkapi dengan kepingan nombor siri. Berhubung rangkaian kuasanya, tiada perubahan yang dilakukan dan masih menggunakan enjin 2.0 liter turbocharged. Enjin itu menghasilkan 306 atau 320hp yang disalurkan ke kotak gear manual enam kelajuan bernisbah pendek.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement