Skip to main content

Filem

Honda Civic Type R Mugen Concept ceriakan acara Malaysia Autoshow 2019

honda-civic-type-r-mugen-concept-01.jpg

Honda Malaysia Sdn Bhd membuat kejutan dengan mempertontonkan model berprestasinya, Honda Civic Type R Mugen Concept pada acara Malaysia Autoshow 2019.

Buat pengetahuan anda, Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mempamerkan Honda Civic Type R Mugen Concept.

Apa yang menariknya jentera hatchback itu adalah padanan warna merah serta dihiasi kemasan aksesori Mugen.

Honda Civic Type R Mugen Concept dipamerkan itu masih dijana enjin 2.0 liter VTEC turbocharged yang mana menyalurkan output luar 310PS dengan tork setinggi 400Nm.

Apakah 12 aksesori Mugen itu, ini perincinya:

Luaran:

  • Kemasan jeriji karbon
  • Spoiler lip hadapan
  • Spoiler bawah belakang
  • Kemasan tepi
  • Lampu belakang LED
  • Rim 20 inci
  • Pelekat badan Mugen
  • Set nat rim

Dalaman:

  • Scuft plate
  • Karpet 
  • Tombol gear kulit 
  • Stereng sport

>> Klik di sini untuk galeri Honda Civic Type R Mugen Concept

Namun, jentera itu tidak untuk jualan berikutan ia hanya untuk pameran sempena Malaysia Autoshow 2019.

Beberapa model lain turut dipamerkan membabitkan Honda CR-V Mugen Concept, Jazz Mugen, BR-V Special Edition, HR-V RS dan HR-V Sport Hybrid i-DCD.

Sementara itu, Honda juga mempertontonkan teknologi termajunya membabitkan Honda Sensing Cart dan Virtual Reality Sensory Experience.

 

Advertisement