Laman Utama
Hos Cerai Lepas 10 Tahun Kahwin, Jiran Dakwa Sering Tukar Perempuan
Hos yang juga selebriti terkenal Indonesia, Desta sedang menjadi bualan masyarakat tempatan apabila memfailkan perceraian dengan isterinya, Natasha Rizki.
Hal itu lantaran pasangan yang sudah berkahwin selama lebih 10 tahun dan memiliki tiga anak ini diketahui hidup harmoni sehingga berita Desta mahu menceraikan isterinya tersebar.
Sejak itu pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka tersebar. Selain faktor usia yang dikatakan agak jauh, isu orang ketiga juga semarak diperkatakan.
Desta didakwa curang dan beberapa nama perempuan dikaitkan dengan lelaki berusia 46 tahun tersebut.
Salah satu yang sedang viral adalah dakwaan seorang pengguna media sosial yang mengaku sebagai jiran kepada pasangan tersebut.
Menerusi hantaran yang dibuat, dia mendakwa sering melihat Desta berganti perempuan di kawasan apartment tempat tinggal.
“Sedang kecoh berita isu cerai Desta. Sementara itu Desta jiran di apartment saya. Menurut pengawal di sini, sudah lima tahun terakhir ini dia selalu tukar perempuan,”katanya di akaun Tik Tok.
Bagaimanapun sehingga kini dakwaan tersebut belum direspon oleh Desta.
Must-Watch Video