Menghitung hari untuk bersalin anak kedua, pelakon Datin Elvina Mohamad berkongsi beberapa gambar fotografi maternity bersama suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Elvina meluahkan rasa teruja bakal menimang cahaya mata kedua dalam masa empat minggu lagi.

“Empat minggu lagi untuk kelahiran bayi,” tulis Elvina secara ringkas.

Selain mendoakan segala proses bersalin dipermudah, rata-rata netizen turut memuji kecantikan Elvina yang tetap kelihatan cantik ketika hamil.

“Dia mengandung cantik betul… aku mengandung rupa mak lampir dah.

“Ei dia ni kan… dah la cantik, lepas itu tup tup dah ada baby bump rupa-rupanya. Ei so cute la mommy.

“Orang lain mengandung elok saja, aku mengandung dah macam penguin dah,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Elvina berkahwin dengan suaminya pada 18 Mac 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 1 Disember 2018.

A post shared by ELVINA MOHAMAD ? (@elvinamohamad)