Terkini
Hot Wheels Kini ‘Dihidupkan’ Di Netflix Menerusi Siri Hot Wheels Let’s Race
Hot Wheels melancarkan Hot Wheels Let’s Race, sebuah siri animasi kanak-kanak baharu terbitan Mattel Television Studios secara global menerusi platform penstriman Netflix.
Diinspirasikan oleh Hot Wheels, jenama permainan nombor satu di dunia, siri animasi Hot Wheels Let’s Race ini merupakan sebuah siri komedi penuh aksi untuk si cilik yang menggabungkan kenderaan-kenderaan luar biasa, watak-watak penuh aksi, perlumbaan pantas serta cabaran-cabaran yang mendebarkan.
Pengurus Besar Mattel Asia Selatan, Murat Ariksoy berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk mendekati peminat dari pelbagai lapisan umur dengan cara yang menyeronokkan.
Advertisement
“Pendekatan ini dengan harapan dapat menyemarak dan memupuk semangat bersaing yang terpendam dalam diri mereka selain membantu mencapai potensi diri mereka yang sebenar.
“Hot Wheels Let’s Race merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan bagi kami di Mattel. Kami berharap semua peminat ternanti-nanti akan kemunculan babak-babak yang penuh aksi dan perlumbaan yang mencemaskan menjadikenyataan” ujarnya.
Siri ini berkisar tentang sekumpulan pelumba generasi baharu iaitu Coop, Spark, Mac, Brights, Axle, dan Sidecar dalam menyertai sebuah kem perlumbaan yang sentiasa menguji kemahiran pemanduan mereka.
Dalam masa sama, Hot Wheels menjalinkan kerjasama dengan Patrick Stump, penyanyi utama kumpulan Fall Out Boys bagi membantu menetapkan aturan irama dan tempo untuk siri ini.
Stump juga mengetuai proses penggubahan skor muzik, muzik latar dan isyarat muzik bagi setiap episod, selain mengisi kerusi komposer, penerbit serta merakamkan lagu tema untuk siri tersebut.
Hot Wheels turut menghidupkan unsur-unsur dari siri tersebut di IOI City Mall menerusi Kejuaraan Perlumbaan Ultimate Hot Wheels yang diadakan di lokasi-lokasi terpilih pada 15 Februari hingga 3 Mac lalu.
Bagi acara kemuncak, kejuaraan Hot Wheels Let’s Race ini akan diadakan di ruang legar IOI City Mall bermula dari 5 hingga 10 Mac 2024 dan pertandingan akhir bagi kejuaraan ini adalah pada 9 Mac, diikuti dengan kejuaraan kategori terbuka pada 10 Mac.
Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini dan apa saja tentang Hot Wheels, layari laman Facebook Hot Wheels di https://www.facebook.com/hotwheels.
Strim siri Hot Wheels Let's Race menerusi aplikasi Netflix di Astro Ultra Box dan Ulti Box.
BERITA TRENDING: Netflix Bawak Daniel Pergi Tokyo! Rebel Moon & Yu Yu Hakusho 100/100!!! | Eat, Movie & Repeat!: VLOG
Must-Watch Video