Sekilas
- Bella Astillah berkongsi mesej-mesej manis daripada suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, termasuk kata-kata semangat dan ucapan hari lahir di Instagram Stories.
- Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu dengan mas kahwin RM500 di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
- Pasangan ini diraikan dalam beberapa majlis resepsi di MITEC, Muar, dan Kota Kinabalu sepanjang bulan Oktober.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah berkongsi beberapa mesej yang pernah di hantar oleh suaminya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Bella dilihat berkongsi beberapa tangkap layar yang menunjukkan suami tercinta memberi kata-kata semangat buatnya serta menzahirkan ucapan hari lahir.
“From replied to your story to being part of your story is the best feeling ever,” tulisnya. 
Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.
Pasangan itu turut diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), diikuti Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober lalu dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.