Skip to main content

Selebriti

Ingatkan Bergurau, Ibu Kongsi Momen Comel Dr Fie Beritahu Mahu Berkahwin - “Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya Tewas Dengan Kapten Ya”

Ingatkan Bergurau, Ibu Kongsi Momen Comel Dr Fie Beritahu Mahu Berkahwin - “Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya Tewas Dengan Kapten Ya”

Sekilas

  • Ibu kepada Dr Fie, Dr Zailah, bersyukur anaknya bersedia membuka lembaran baharu selepas melalui pengalaman perkahwinan lalu.
  • Pada mulanya Dr Zailah, akui terkejut apabila anaknya yang sebelum ini tidak mahu berkahwin lagi kini serius memulakan hidup baru bersama seorang kapten.
  • Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dan Dr Fie menerima mas kahwin berupa satu dinar emas.
Advertisement

Ibu kepada personaliti media sosial, Dr Fie Tawfek iaitu Dr Zailah meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya itu akhirnya bersedia membuka lembaran baharu dalam kehidupan selepas melalui pengalaman lalu.

Menerusi rakaman video pendek yang dikongsikan di Instagram @thekhulafastudio, Dr Zailah mengakui tidak menyangka anaknya yang sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk tidak berkahwin lagi, akhirnya mengubah fikiran dan bersedia menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya.

Advertisement

“Ibu belajar sesuatu apa yang berlaku kepada Along, bahawa hati yang pernah terluka masih mampu untuk kembali percaya.

“Selepas hujan yang lebat, Allah mampu menghadirkan pelangi yang indah, dan apabila Allah mahu menghadiahkan kebahagiaan, tiada siapa yang mampu menghalangnya.

“Kita merancang Allah sebaik baik perancang. Siapa sangka selepas tahun anak Ibu pernah berkata tidak mahu berkahwin lagi.

Advertisement

“Akhirnya datang membawa berita, dia sudah bersedia untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya,” ujarnya.

Kongsi Dr Zailah lagi, pada awalnya dia menyangka berita yang disampaikan Dr Fie hanyalah sekadar gurauan, namun tidak menyangka anaknya itu benar-benar serius untuk memulakan kehidupan baharu bersama seorang lelaki yang bergelar kapten.

“Mula-mula ibu ingat bergurau tahu, rupanya betul-betul serius. Eh janji tak nak kahwin akhirnya tewas ya tewas dengan seorang kapten. Masya-Allah,” kongsinya.

Terdahulu, pasangan yang sama cantik sama pandan berbusana putih itu selamat diijabkabulkan pada jam 10 pagi Ahad dengan sekali lafaz.

Dr Fie menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Sumber: Instagram @thekhulafastudio

 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement